Wednesday 21 November 2012

ALAT-ALAT BERSUCI

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk bersuci ialah :

1. Air mutlak ( air yang suci lagi menyucikan )

    a) air hujan
    b) air sungai
    c) air laut
    d) air mata air
    e) air perigi
    f) air embun
    g) salji








2. Benda-benda kesat yang suci seperti :

    a) batu
    b) tisu
    c) daun kering
    d) kulit kayu








Menurut mazhab Syafi'ie, susunan cara beristinjak dari sudut keafdalannya adalah seperti berikut :

1. Paling afdal menggunakan kedua-dua alat, iaitu benda-benda kesat dan air. Dimulakan dengan menyapu najis dengan benda-benda kesat, kemudian baru dibasuh dengan menggunakan air.

2. Jika ingin menggunakan salah satu, maka lebih afdal menggunakan air. Kerana air lebih menyucikan berbanding benda-benda kesat.

3. Harus menggunakan benda-benda kesat, meskipun kita mempunyai air.